Menurut Doktor Elliot Shevel, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. -Foto Flickr.com
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
PERNAHKAH anda mengalami masalah sakit kepala sehingga mengganggu ibadah puasa anda? Jangan bimbang, kerana bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya.
Menurut Doktor Elliot Shevel, ketua
South African Headache Society, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain.
Dalam temubual yang sama, beliau menyatakan empat sebab mengapa anda tiba-tiba diserang sakit kepala ketika berpuasa seperti yang dilapor di portal
CNN Indonesia.
1
) Kekerapan pengambilan kopi
Mungkin anda terbiasa minum kopi dengan kuantiti yang tinggi pada hari-hari normal. Maka, kuantiti itu berkurang dengan sangat drastik ketika anda sedang berpuasa.
Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa.
2) Kurang gula dalam darah Keadaan yang sama juga berlaku dengan kandungan gula di dalam badan anda.
Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala.
3) Dehidrasi Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan.
Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan
histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan.
Penghasilan
histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala.
5) Cukup tidur, kurang stres. Antara sebab-sebab lain penyumbang kepada sakit kepala ialah kurang tidur dan tertekan. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk mempunyai tidur yang cukup serta mengelakkan diri daripada stres sepanjang berpuasa.
BACA: Jutaan umat Islam sedunia jadikan Ramadan peluang cermin diri
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
kembali lagi untuk lebih banyak kandungan menarik
Tag: Tips ramadan, Elliot Shevel, sakit kepala, puasa, Ramadan, ramadan2021