Tutup

Video  | Dunia

Tujuh jet pejuang Perancis mendarat cemas di Acheh

Keadaan cuaca buruk telah memaksa tujuh jet pejuang Tentera Laut Perancis membuat pendaratan kecemasan di Utara Indonesia. Tujuh pesawat pertempuran Dassault Rafale mendarat dengan selamat di Pangkalan Udara Sultan Iskandar Muda, Aceh, 90 minit selepas berlepas dari kapal pengangkut pesawat Charles De Gaulle yang berada di 100 batu nautika barat dari Zon Ekonomi Eksklusif Sumatra.