Tutup

Video  | Dunia

Protes di Baghdad cetus kesesakan di jalan raya utama

Kumpulan penunjuk perasaan di Iraq tidak berganjak dengan terus membakar tayar dan kayu bagi menghalang jalan-jalan utama di Baghdad. Malah tindakan seumpamanya yang memasuki hari kedua menyaksikan mereka meletakkan blok simen di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara Iraq itu.