Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Dunia

MP termuda Britain abad ini

Pelajar berusia 20 tahun menjadi ahli parlimen termuda Britain bagi abad ini selepas menewaskan seroang ahli politik senior. Mhairi Black dari Parti Kebangsaan Scotland (SNP) menumpaskan Douglas Alexander dari parti buruh bagi kerusi Paisley dan Renfrewshire South. Alexander, 47 tahun merupakan jurucakap polisi luar bagi Parti Buruh. Black menjadi ahli parlimen termuda sejak Chrispoher Monck yang dilantik sebagai ahli parlimen ketika berusia 13 tahun pada tahun 1667. SNP merupakan parti yang menyokong kemerdekaan scotland sebelum ini hanya mempunyai enam kerusi. Bagaimanapun ramalan kali ini meletakkan SNP akan mengambil alih kesemua 59 kerusi di Scotland daripada Parti Buruh.