Video  | Dunia

Lapangan terbang di London menaik taraf sistem pertahanan

Dua lapangan terbang utama di London akan menggunapakai sistem pertahanan yang setaraf dengan sistem yang digunakan pasukan tentera anti dron yang dianggarkan bernilai jutaan pound. Ini bagi memperhebat sistem pengawasan di sekitar kawasan lapangan terbang utama itu susulan insiden pencerobohan dron yang menyebabkan ruang udara di Gatwick ditutup tiga hari bulan lalu.