Tutup

Video  | Dunia

Ekonomi India terjejas akibat undang-undang kewarganegaraan baru

Ribuan penyokong Parti Kongres India berkumpul di New Delhi pada Sabtu bagi mendengar ucapan pemimpinnya mengenai pindaan rang undang-undang kewarganegaraan yang diluluskan penggubal pada awal minggu ini. Ia berikutan kontroversi rang undang-undang pindaan kewarganegaraan (CAB) yang bertujuan memberikan kewarganegaraan kepada pelarian bukan Islam dari tiga negara Islam yang berjiran dengan India.