Video  | Dunia

Bukan merupakan seorang pemimpin yang diktator- Tun M

"Saya mungkin dituduh sebagai diktator, tetapi saya suka berbeza. Hari ini, seorang diktator akan bercakap tentang demokrasi." - Tun Mahathir. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akui masih dilabelkan sebagai seorang diktator. Tegasnya beliau sebenarnya bukan merupakan seorang pemimpin yang diktator kerana kini telah diberi peluang berucap mengenai demokrasi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan mengenai 'Masa Depan Demokrasi di Asia' di Chatham House, London.