Video  | Dunia

Badan Angela Merkel menggigil ketika berdiri tengah panas

Canselor Jerman, Angela Merkel dilihat berada dalam keadaan tidak stabil semasa menyambut kunjungan Presiden Ukraine baharu, Volodymyr Zelensky, ke Berlin pada Selasa. Menerusi rakaman sebuah video, Merkel kelihatan menggigil ketika berdiri di sebelah Zelensky di bawah cuaca terik.