Tutup

Video  | Dunia

#AWANIByte: Carrie Lam dicemuh sehingga tidak dapat meneruskan ucapan dasar tahunan

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, terpaksa menghentikan ucapan dasarnya ketika persidangan legislatif selepas diejek dan dicemuh ahli Parlimen pembangkang. Tindakan penggubal undang-undang prodemokrasi itu menyebabkan Carrie terus terburu-buru meninggalkan persidangan berkenaan dan mengabaikan ucapan yang dilihat sebagai usaha pujukan selepas empat bulan protes anti-Beijing yang menyelubungi bandar berkenaan.