Video  | Dunia

ASEAN 2019: Tun M tiba di Bangkok

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pangkalan Udara Tentera Diraja Thai kira-kira pukul 7.30 petang waktu tempatan bagi lawatan kerja empat hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan mesyuarat berkaitan. Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut Menteri Dalam Negeri Thailand, Jeneral Anupong Paojinda dan isteri, Kulaya Paojinda dan Duta Malaysia Ke Thailand, Datuk Jojie Samuel serta isteri, Datin Catherina Christine Cherian.