Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Dunia

8.4 juta mungkin hilang pekerjaan di Thailand

Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC) Thailand menganggarkan 8.4 juta pekerja di negara itu berkemungkinan hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Laporan mengenai unjuran dan situasi sosial thailand bagi suku pertama 2020, mendedahkan 2.5 juta pekerja membabitkan sektor pelancongan, 1.5 juta pekerja perindustrian dan 4.4 juta pekerja dalam sektor perkhidmatan (selain pelancongan) berdepan risiko kehilangan mata pencarian.