MAHKAMAH Agung Thailand pada Rabu mendapati bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah tanpa kehadiran tertuduh kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
Seramai sembilan hakim Bahagian Jenayah bagi Pemegang Jawatan Politik Mahkamah Agung mengumumkan penghakiman yang telah lama dinanti-nantikan itu.
"Yingluck didapati bersalah mengikut Artikel 157 piagam kerana kecuaian mengabaikan tugasnya untuk menghentikan amalan rasuah," kata seorang daripada hakim, Cheep Julamon, ketika membacakan penghakiman, di sini hari ini.
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang kini tinggal dalam buangan, tidak hadir pada prosiding hari ini untuk mendengar penghakiman mahkamah. Keberadaannya menimbulkan misteri sejak gagal hadir pada prosiding yang sama di mahkamah bulan lepas.
Kerana ketidakhadiran Yingluck, mahkamah menangguhkan keputusan sehingga Rabu.
Kerajaan mendakwa bahawa skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbiran Yingluck menyebabkan negara itu menanggung kerugian kewangan yang besar walaupun bekas perdana menteri itu seringkali menafikan tuduhan sepanjang perbicaraannya selama dua tahun.
Yingluck menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand pada 2011 selepas memenangi pilihan raya umum. Beliau digulingkan oleh junta tentera pada Mei 2014.
Sementara itu peguam Yingluck, Norawit Lahlaeng ketika ditemui media selepas penghakiman itu dibacakan berkata, beliau perlu mengkaji penghakiman sebelum memutuskan sama ada untuk mengemukakan rayuan ata tidak.
"Saya perlu mengkaji penghakiman itu dengan teliti, mengkaji undang-undang berkaitan, selepas itu barulah boleh bercakap mengenai rayuan," kata beliau sambil menambah beliau tidak tahu sama ada anak guamnya tahu mengenai penghakiman tersebut tetapi menduga Yingluck akan mengetahuinya melalui media.
Menurutnya, beliau tidak berhubung dengan bekas Perdana Menteri itu sejak 25 Ogos bulan lepas apabila Yingluck gagal hadir di mahkamah atau mengetahui tentang keberadaannya sekarang dan mendorong media membuat spekulasi secara meluas.
Media tempatan dan asing mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di Dubai kerana abangnya, Thaksin mempunyai rumah di kota Timur Tengah itu.
Menurut sumber-sumber dalam kerajaan dan parti politik pimpinannya yang dipetik oleh media, Yingluck menyelinap keluar dari negara itu dua hari sebelum mahkamah sepatutnya menyampaikan penghakiman bulan lepas, dikatakan menuju ke sempadan Kemboja dan Singapura kemudian.
Kerajaan yang sejak itu menjalankan siasatan mengenai "kehilangan" Yingluck telah menahan tiga pegawai polis baru-baru ini termasuk seorang berpangkat Kolonel kerana disyaki membantu bekas Perdana Menteri itu melarikan diri dari negara itu.
Pihak berkuasa juga telah merampas sebuah kenderaan Toyota Camry, yang disyaki digunakan oleh Yingluck untuk melarikan diri.
Semalam, Perdana menteri Thailand, Jen Prayut Chan-o-cha mengumumkan bahawa kerajaan tahu tentang keberadaan Yingluck sekarang dan akan mendedahkan maklumat itu selepas mahkamah menyampaikan penghakimannya hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
HAKIM: "Yingluck didapati bersalah mengikut Artikel 157 piagam kerana kecuaian mengabaikan tugasnya untuk menghentikan amalan rasuah."
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.