Pasukan tentera Yaman disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular (PC) telah melancarkan peluru berpandu balistik yang direka dan dibangunkan dalam negara ke atas sasaran ekonomi strategik di wilayah sempadan barat daya Jizan di Arab Saudi, hari ini.

Pelancaran peluru berpandu itu sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Riyadh ke atas Yaman.

Lapor stesen televisyen al-Masirah yang memetik sumber ketenteraan Yaman yang enggan dikenali berkata, peluru berpandu jarak jauh Badr-1 jatuh di Lapangan Terbang Jizan dengan ketepatan besar pada petang tadi.

Perkembangan itu menyusul sehari selepas tentera Yaman menyerang sebuah loji penapisan minyak petroleum nasional dan syarikat gas asli Arab Saudi, Aramco, di Riyadh menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu Sammad-2 (Invincible-2). - Press TV