DALAM usaha menangani isu perubahan iklim dan menjaga alam sekitar, Warner Music Group bekerjasama dengan One Tree Planted untuk menanam pokok di kawasan terjejas kebakaran di hutan Amazon.

Langkah turut diambil sebagai hadiah musim cuti kepada pekerja Warner Music Group.

Syarikat itu akan menanam 10 batang pokok di hutan itu untuk setiap pekerja, menjadikan jumlah keseluruhannya 48, 210 batang pokok.

Ia juga akan mendermakan lebih daripada itu apabila terdapat muatnaik di laman Twitter dan Instagram yang menggunakan tanda pagar #WMTree bagi memperomosikan program itu.

BACA: Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan

BACA: Bolsonaro - Jangan menyibuk; Amazon milik Brazil

BACA: Leonardo DiCaprio rayu dunia bertindak tangani isu kebakaran hutan Amazon

Sasaran syarikat itu adalah untuk menanam 100,000 pokok di Amazon pada 2020 berdasarkan kepada peranan hutan itu yang disamakan sebagai paru-paru dunia

Sejak beberapa tahun lalu, tanpa terkecuali 2019, hutan Amazon di Brazil mengalami kebakaran buruk yang menjejaskan ekosistem di kawasan itu berikutan penerokaan tanah oleh golongan petani.