Virus misteri baharu dari asal-usul yang tidak diketahui yang muncul dari sebuah tasik di Brazil telah mencetuskan teka-teki kepada saintis.
Ia digelar sebagai Yaravirus sempena nama Yara, ikan duyung dengan kuasa ghaib yang memikat tentera untuk tinggal bersamanya di dasar laut.
Penyelidik mendapati lebih 90 peratus gen Yaravirus tidak pernah dilihat sebelum ini, sekali gus menjadikan ia 'misteri' dan unik sepenuhnya.
Penemuan itu dibuat di tengah-tengah penularan koronavirus (COVID-19) di seluruh China dan lebih 20 negara sejak ia pertama kali dikenal pasti pada Disember 2019.
Yaravirus didokumentasikan oleh saintis pada bulan lalu selepas menemuinya secara tidak sengaja di Tasik Pampulha, sebuah tasik buatan di bandar Belo Horizonte.
Urutan genom virus itu mendapati hanya enam daripada 74 gen pernah direkodkan sebelum ini manakala 68 lagi tidak pernah dilihat.
Kajian terhadap lebih 8,500 bahan genetik dari seluruh dunia dalam pangkalan data saintifik gagal memberi petunjuk tentang apa yang mempunyai kaitan dengan Yaravirus.
"Ia memperluaskan lagi pengetahuan kami tentang kepelbagaian DNA virus," kata pasukan pasukan yang diketuai penyelidik Federal University of Minas Gerais di Brazil.
Difahamkan, Yaravirus diambil daripada makhluk bersel tunggal digelar amoeba yang hidup dalam persekitaran lembap.
Buat masa ini, Yaravirus dikatakan tidak mendatangkan ancaman kepada manusia berikutan ia hanya boleh disebarkan antara amoeba.
Dua tahun lalu, dua anggota kanan pasukan itu, Bernard La Scola dari Aix-Marseille University di Perancis dan Jonatas S Abrahao dari Federal University of Minas Gerais turut menemui novel virus di dalam air digelar Tupanvirus yang dijumpai di dalam sebuah tasik di Brazil. - Agensi
Sinar Harian
Thu Feb 13 2020
Yaravirus didokumentasikan oleh saintis pada bulan lalu selepas menemuinya secara tidak sengaja di Tasik Pampulha. -Foto Sinar Harian
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Bekas bintang bola sepak Ronaldinho positif COVID-19
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pemain tersebut di laman media sosial.
Virus misteri muncul di tasik Brazil
Penyelidik mendapati lebih 90 peratus gen Yaravirus tidak pernah dilihat sebelum ini, sekali gus menjadikan ia 'misteri' dan unik sepenuhnya.
Copa America: Messi ledak gol, Argentina di ambang penyingkiran
Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti tetapi Argentina berdepan penyingkiran dalam peringkat kumpulan selepas seri 1-1 dengan Paraguay.