Vietnam pada Khamis merekodkan sembilan lagi kes tempatan baharu jankitan COVID-19 yang dilaporkan ada kaitan dengan Bandar Da Nang.

Ia menjadikan jumlah kes positif di negara itu meningkat kepada 42 kes sejak wabak itu kembali menular pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan, daripada sembilan kes terbabit, lapan merupakan penduduk di Bandar Da Nang dan satu dari Hanoi.

Gelombang baharu itu disahkan telah merebak ke enam bandar dan wilayah Vietnam lain dalam tempoh enam hari.

Susulan itu, Hanoi telah membatalkan acara umum, sekali gus menutup bar dan kelab.

Pada masa sama, kerajaan merancang untuk mejalankan saringan secara besar-besaran terhadap 21,000 individu yang kembali dari Da Nang.

Setakat ini, Vietnam sudah mencatatkan 459 kes tanpa rekod kematian.