Satu perbincangan melibatkan menteri-menteri luar dari Ukraine, Rusia, Perancis dan Jerman telah diadakan di Berlin bagi mencari penyelesaian terhadap konflik berterusan di antara tentera Ukraine dan puak pemisah Rusia.

Pertemuan pada petang Isnin memberi tumpuan dan fokus utama kepada pelaksanaan perjanjian damai yang telah dipersetujui di Minsk, Belarus pada 2015.

Antara lain kesemua panel terlibat turut membincangkan mengenai kemungkinan membawa pasukan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan sama.

Sejak bermulanya pertempuran antara dua pihak ini di timur Ukraine, lebih 10,000 orang terkorban.

Menteri Luar Jerman, Heiko Maas berkata, kedua-dua Ukraine dan Rusia menyambut baik usaha membawa pasukan keamanan PBB dalam rundingan ini.

Walaupun usaha itu dilihat masih sukar dicapai namun kesemua negara yang terlibat komited dalam memulakan rundingan damai berkenaan.