Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka mengumumkan tarikh bagi melaksanakan pelonggaran perintah sekatan minggu depan.

Johnson berkata pengumuman pada Ahad itu bagaimanapun akan memastikan langkah yang diambil dibuat secara berperingkat.

United Kingdom kini melepasi Itali sebagai negara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 32,000 kes.

"Kami akan bekerjasama dengan pembangkang, kesatuan, perniagaan untuk memastikan rancangan untuk melonggarkan sekatan ini dilaksanakan dengan baik.

"Ekonomi negara bakal berdepan bencana sekiranya kita melonggarkan sekatan hanya untuk menyebabkan gelombang kedua," kata Johnson.

Penilaian mengenai keputusan melonggarkan sekatan akan dilaksanakan hari ini.