Penyelidik Melbourne mendakwa ubat antiparasit yang biasa digunakan untuk memerangi gejala kutu kepala mampu membunuh virus yang menyebabkan COVID-19 dalam tempoh 48 jam.

Kajian yang diketuai oleh Universiti Monash itu menunjukkan dos tinggi ubat biasa Ivermectin dapat menghalang virus SARS-CoV-2 yang hidup di dalam sel manusia.

Ivermectin telah dikaji secara meluas dalam manusia dan dianggap cukup selamat.

Ia juga adalah senarai ubat-ubatan penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Para saintis kini berharap untuk mendapatkan pembiayaan dalam percubaan selanjutnya.

Dr Kylie Wagstaff dari Monash Biomedicine Discovery Institute berkata apabila vaksin COVID-19 siap dalam sikit masa lagi, kompaun seperti Ivermectin yang boleh didapati di seluruh dunia dapat membantu mangsa jangkitan dengan lebih cepat jika terbukti ia berkesan.

"Oleh kerana ia diluluskan oleh FDA, jika ia menunjukkan keberkesanan yang cukup ketika proses praklinikal, kita boleh mengaplikasikannya terus kepada manusia.

"Kami tidak mencari keselamatan, kami hanya mencari keberkesanan," katanya.

Dr Wagstaff memberi amaran kepada mana-mana individu yang mencuba ubat preskripsi itu sebelum ia menjalani ujian klinikal manusia yang pastinya memerlukan pembiayaan.

"Sepertimana ubat lain, ia satu preskripsi dan tidak diluluskan untuk penggunaan antivirus kerana masih dalam bidang eksperimen," katanya.

Penawar yang digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan parasit, adalah salah satu daripada yang diuji untuk mencari vaksin COVID-19.

Eksperimen ubat-ubatan untuk memerangi malaria, HIV dan Ebola juga sedang diuji.

Selepas laporan kejayaan penawar di dalam hidangan petri yang dilancarkan pada Sabtu, Menteri Kesihatan Victoria Jenny Mikakos mengingatkan orang ramai agar tidak menelan ubat berkenaan kerana ia boleh membawa maut

"Kami telah melihat ramai orang di luar negara yang telah mendengar mengenai perkembangan ini, namun mengambilnya dengan cara yang tidak betul dan meninggal dunia.

"Tidak ada sebab untuk membeli rawatan kutu melainkan jika anda menggunakannya pada rambut anak-anak anda," katanya pada satu sidang media.

Langkah seterusnya adalah untuk saintis menentukan dos Ivermectin yang betul untuk manusia.

Sehingga kini, tidak diketahui dengan tepat bagaimana Ivermectin berfungsi terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, namun sebatian penawar itu dianggap sebagai penghalang salah satu proses semulajadi sel.

Sesetengah virus RNA menggunakan sistem sel sendiri untuk menghantar protein ke nukleus sel yang menghalang sistem imun daripada menyerang virus.

Ivermectin bukan sasaran virus tetapi sistem perhubungan yang berkesan menyekat virus itu dengan sendiri.

"Oleh kerana ia ditujukan kepada empunya diri, ia boleh memberi kesan ke atas seluruh badan, tetapi ia telah wujud selama 30 tahun dan berada dalam diri beratus ribu orang.

"Oleh kerana ia menyasarkan sel, kami telah menunjukkan bahawa ia agak berkesan terhadap banyak virus RNA yang berbeza.

"COVID-19 adalah virus RNA, jadi kami mengesyaki ia menggunakan mekanisme yang sama," kata Dr Wagstaff.

Ivermectin juga telah terbukti berkesan dalam kajian makmal terhadap virus termasuk HIV, denggi dan influenza.

Kajian ini adalah kerjasama Monash Biomedicine Discovery Institute dan Peter Doherty Institute of Infection and Immunity, dengan penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Antiviral Research.