TURKI menuduh Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai penaja keganasan.

Kenyataan ini adalah reaksi kepada kritikan Macron terhadap operasi ketenteraan Ankara di Syria.

Kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, Macron sendiri menerima pengganas di istana presidennya.

Ankara bulan lalu melancarkan operasi ke atas pemberontak Kurdistan, atas alasan mensasarkan pengganas.

Tindakan itu mengundang kritikan termasuk dari Macron, kerana ia didakwa mengalih tumpuan terhadap perang ke atas militan Daish.

Perancis dan Turki masing-masing adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Cavusoglu dalam pada itu bertegas, Macron sepatutnya menyokong sekutunya dalam badan itu dan bukannya mengkritik.