Penunjuk perasan di Amerika Syarikat (AS) bertindak merosakkan, membakar dan menghumban tugu patung tokoh pelayar Christopher Columbus di negeri Virginia ke dalam tasik.

Insiden itu berlaku di ibu negerinya, Richmond, selepas penunjuk perasaan yang berkumpul di Byrd Park sempena kehangatan memperjuangkan kempen #BlackLivesMatter, turut mendesak agar patung itu ditumbangkan.

Penunjuk perasaan menggunakan tali untuk menjatuhkan tugu tersebut dan kemudian menconteng grafiti.

Tugu Christopher Columbus didedikasikan di Richmond pada Disember 1927, dan merupakan arca patung pertama Christopher Columbus yang didirikan di negeri sebelah selatan AS.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah siri tunjuk perasaan seluruh negara atas kematian seorang warga Amerika kulit hitam, George Floyd, yang maut akibat dikasari anggota polis.

Keadaan tugu patung Columbus yang akhirnya dihumban ke tasik oleh penunjuk perasaan. - AP