Presiden Donald Trump menyifatkan siasatan rasmi oleh anggota Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat sebagai "kudeta", lapor agensi berita Anadolu.

"Saya merumuskan apa yang sedang berlaku bukanlah satu dakwaan sebaliknya ia adalah KUDETA," kata Trump dalam ciapannya pada Selasa.

Beliau berkata percubaan itu bertujuan "untuk mengambil alih kuasa rakyat, UNDI mereka, kebebasan mereka dan hak-hak mereka sebagai warga Amerika Syarikat!"

Dewan itu memulakan siasatan terhadap Trump minggu lalu.

Ia berhubung isu perbualan telefon pada 25 Julai antara Presiden AS dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, di mana Trump berulang kali menekan Zelensky untuk menyiasat bekas Naib Presiden Joe Biden dan anaknya, Hunter, atas dakwaan rasuah yang tidak berasas.

Biden adalah calon utama Demokratik yang akan menyertai pilihan raya presiden tahun depan, merupakan pencabar politik utama Trump.

Meminta bantuan pemimpin asing untuk melemahkan Biden, disifatkan sebagai satu tindakan cuba menganggu pilihan raya, yang menjadi asas kukuh Dewan bertindak menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Trump menafikan beliau melakukan sebarang salah laku.

-- BERNAMA