Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perintah baharu pada Khamis untuk mengenakan tarif import bernilai AS$60 bilion ke atas China.

Tindakan itu disifatkan menghukum Beijing atas isu yang dikatakan sebagai kecurian teknologi Amerika dan kerana tekanan China terhadap syarikat-syarikat AS.

"Ini adalah defisit terbesar di mana-mana negara dalam sejarah dunia kita," jelasnya.

Menurut Trump ketidakseimbangan perdagangan AS-China, telah menyumbang kepada kehilangan pekerjaan di AS.

Beliau berkata tindakannya itu akan menjadikan negara itu lebih kuat dan lebih kaya selepas ini.

Sebelum China telah memberi amaran bahawa ia akan mengambil 'semua langkah yang perlu' untuk mempertahankan dirinya, meningkatkan prospek perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Trump akan mengarahkan Pejabat Wakil Perdagangan AS untuk menyiarkan senarai tarif cadangan untuk komen umum dalam masa 15 hari.

1,300 produk China bernilai kira-kira AS$48 bilion adalah sasaran utama pentadbiran Trump selepas ini.

Malah turut turut meminta Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin untuk membuat senarai sekatan baharu terhadap pelaburan China.

Sementara itu, pasaran kewangan mengalami penurunan pada Khamis susulan risiko konflik komersial yang semakin meningkat antara AS dan China dan kemungkinan China akan mengenakan tarif balas terhadap produk AS.