Sekurang-kurangnya 12 terkorban manakala lima lagi cedera selepas bom meletup di dalam sebelum bas mini yang penuh dengan penumpang.

Menurut pegawai keselamatan Iraq, kejadian berlaku di luar kota suci pengikut Syiah iaitu di Karbala, di sini, pada Jumaat malam.

Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju arah bandar al-Hilla.

Sebelum letupan berlaku, pegawai memberitahu portal berita The Associated Press, seorang penumpang turun dari bas mini itu dan meninggalkan beg yang dipercayai mengandungi bahan letupan.

Beg tersebut ditinggalkan di bawah kerusi sebelum ia diletupkan di pos pemeriksaan dari jarak jauh.

Kesemua mangsa yang terkorban adalah orang awam.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.