Pentadbiran Donald Trump pada Isnin menambah 28 syarikat China dalam senarai hitam syarikat terlibat dalam penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.

Syarikat terbabit terlibat dalam kempen terhadap kaum Uighur dan kaum minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang.

Antara syarikat yang terlibat termasuk Hikvision dan Dahua Technology yang merupakan antara dua nama ternama pembuat peralatan perakam video bagi tujuan intipan dan pengawasan.

Syarikat lain termasuk syarikat pembangun teknologi – 'startup' yang terlibat dalam bidang kepintaran buatan atau Artifcial Intelligence (AI).

Amerika menyifatkan syarikat tersebut sebagai berperanan penting dalam usaha China mewujudkan negara di bawah tekanan polis (Police State) di Xinjiang.

Tindakan Donald Trump ini dikenakan dua hari sebelum pegawai perdagangan China dan Amerika bertemu di Washington untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perang perdagangan kedua dua negara yang mempunyai implikasi negatif satu dunia.