Kementerian Luar Negeri pada Rabu mengesahkan tiga rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya di India semasa mereka dalam perjalanan ke Karachi, Pakistan pada 26 Disember lalu.

Menurut Wisma Putra, seorang daripada mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Srinagar untuk menerima rawatan lanjut, manakala dua yang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan." kata Wisma Putra dalam kenyataan media

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, kata Wisma Putra, sedang memantau rapi keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.