TIGA penumpang kapal persiaran Golden Princess yang berlabuh di pelaburan New Zealand disahkan positif COVID-19.

Kapal itu yang membawa 2,600 penumpang dan 1,100 kru berlabuh di Pulau Akaroa berhampiran South Island di Christchurch pada Ahad.

Setakat ini, kesemua penumpang dan anak kapal dilarang meninggalkan kapal tersebut sehingga keputusan ujian diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.

Terdahulu, New Zealand mengeluarkan arahan melarang mana-mana kapal pelayaran daripada memasuki perairan negara itu susulan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, difahamkan kapal persiaran Golden Princess yang belayar dari Melbourne, sudah berada di dalam negara itu ketika larangan tersebut dikeluarkan.