Sekurang-kurangnya tiga maut dan beberapa lagi cedera dalam satu serangan tembakan yang berlaku di Gable House Bowl di Torrance, California, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Polis Torrance menerusi satu kenyataan di Twitter.

“Kami dimaklumkan beberapa das tembakan telah dilepaskan dan ramai mangsa tercedera. TPD berada di tempat kejadian. Siasatan masih dijalankan,” tulis tweet berkenaan.

Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut.



Menurut seorang saksi, Ryon Thomas yang berada di tempat kejadian ketika insiden berlaku berkata dia mendengar bunyi das tembakan.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, Ryon berada di bilik permainan yang lain.

“Saya selamat. Tidak boleh percaya apa yang berlaku. Tembakan dilepaskan dan saya dengar ada yang mati dan ramai cedera.

"Ketika kejadian berlaku, orang ramai lari masuk ke bilik kami," tulis Ryon di Facebook.


Bagaimanapun, identiti dan maklumat mengenai pelaku masih boleh dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.

Gable House Bowl merupakan sebuah pusat permainan yang menawarkan permainan boling, tag laser dan permainan video arked.