Perdana Menteri Britain menggunakan mesej tahun barunya untuk meraih sokongan politik bagi menyokong cadangan mengenai perjanjian untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau langkah Brexit.

Theresa May berkata, United Kingdom boleh mengakhiri tempoh perpecahan sekiranya Parlimen menyokong perjanjian yang beliau capai dengan blok berkenaan.

BACA: Theresa May tangguh undi Brexit

May berhadapan dengan tugas berat untuk meraih undi di Parlimen bagi menyokong rang undang-undang itu.

Pengundian dijangka dijalankan pada pertengahan bulan ini.



Sementara itu, debat dijadualkan berlangsung bermula 9 Januari ini.

Britain dijadual meninggalkan EU pada Mac tahun ini.