Pengerusi ASEAN, Thailand bersedia untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2019 dari 2 hingga 4 Nov di Bangkok.
Jurucakap Kerajaan, Narumon Pinyosinwat berkata semua perhatian tertumpu kepada Thailand kerana negara itu akan menjadi hos sidang kemuncak di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT di Nonthaburi, barat laut Bangkok.
"Pemimpin dunia memberi perhatian pada sidang kemuncak yang akan datang. Thailand memberi jaminan bahawa sidang kemuncak yang menghimpunkan semua 10 negara anggota dan pemimpin dunia akan berjalan lancar, " katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat persediaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2019 di sini.
Narumon berkata kesemua 10 pemimpin serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde akan menghadiri sidang kemuncak itu di sini.
"Kami masih menunggu pengesahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri sidang kemuncak itu)," katanya.
Media tempatan melaporkan bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, dan Perdana Menteri China Li Keqiang adalah antara pemimpin lain yang akan menyertai sidang kemuncak selama tiga hari itu yang bermula pada 2 Nov.
Sidang kemuncak dwitahunan itu akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan tiga tonggak ASEAN, termasuk Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.
Para pemimpin akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 (sidang pleno) dan majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-22, Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-7, Sidang Kemuncak ASEAN-India Ke-16, Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-22, Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-10, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-14, Sidang Kemuncak Tiga serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN.
Selain itu, para pemimpin juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ke-3 (RCEP) dan Forum Perniagaan Indo-Pasifik ke-2.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Thailand bersedia untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2019 dari 2 hingga 4 Nov di Bangkok. - Gambar fail
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.