SEORANG remaja lelaki hilang manakala rakannya berjaya diselamatkan orang ramai selepas terjun dari sebuah jambatan dalam kejadian di negeri Uttar Pradesh, India, pada Selasa.

Polis berkata, perbuatan kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu turut dirakam, dipercayai untuk dimuatnaik di aplikasi TikTok.

Kejadian itu berlaku di daerah Deoria di bandar Gorakhpur kelmarin.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Danish, manakala mangsa yang hilang dikenalpasti sebagai Ashique.

Polis berkata, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dan turut melibatkan pasukan penyelam bomba.

BACA: Tertembak mati sepupu ketika posing untuk Tik Tok

Kerajaan India pada April lalu dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber.