Angkatan tentera Mesir memaklumkan, sekurang-kurangnya 27 anggota militan berjaya dibunuh dalam pertempuran di Sinai Utara dan Tengah sejak beberapa hari lalu.

Menurut jurucakap tentera, Tamer al-Refai, semasa serbuan anti-pengganas itu, tiga pengganas yang paling berbahaya di beberapa kawasan padang pasir di Semenanjung Sinai, turut ditumpaskan.

“Kawasan serbuan itu meliputi skop tentera lapangan kedua dan ketiga di Sinai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, menurut agensi berita Xinhua, Semenanjung Sinai adalah kubu kuat kumpulan pengganas di Mesir dan dikaitkan dengan kumpulan Daish antarabangsa.

Sementara itu, seramai 460 anggota militan dan lebih 30 anggota tentera terbunuh dalam kempen anti keganasan 'Sinai 2018' sejak Februari lalu.