Taiwan mengesahkan kematian pertama akibat wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor Reuters pada Ahad.

Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung memaklumkan mangsa yang merupakan pemandu teksi berusia 61 tahun itu tiada rekod perjalanan ke luar negara baru-baru ini.

Namun, mangsa membawa penumpang kebanyakannya daru Hong Kong, Macau dan China.

Salah seorang ahli keluargnya turut dilaporkan positif COVID-19.

Kedeua-dua kes ini merupakan kes pertama ‘person-to-person transmission’ (jangkitan daripada manusia ke manusia) di negara berkenaan dan pihak berkuasa sedang menyiasat kontak rapat lain.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

"Setakat ini kami masih belum dapat mengesahkan sejarah kontak rapat mangsa, jadi pihak kami sedang giat mencari sumber penularan ini," jelas Chen.

Bermula Isnin, kerajaan akan mula melakukan saringan kesihatan terhadap kesemua rakyat mereka yang baru pulang dari luar negara termasuk yang menunjukkan simptom.

Setakat Ahad malam, Taiwan mencatatkan 20 kes positif COVID-19.

BACA: Dua lagi individu dikesan positif koronavirus di Taiwan