SEORANG lelaki menculik dan merogol seorang gadis berusia 15 tahun sebelum menggunakan Google Translate untuk memuji mangsa.

Suspek dilapor terpaksa menggunakan aplikasi itu kerana tidak tahu berbahasa Inggeris.

Victor Ramirez, 33, yang berasal dari North Carolina dituduh menculik remaja itu ketika dia sedang berjalan ke perhentian bas di Wake County.

Menurut laporan Daily Mail, Ramirez membawa gadis berkenaan ke sebuah pondok kecil di belakang rumah dan merogol mangsa pada 9 Januari.

Suspek menghantar mangsa ke sekolah sebelum menggunakan aplikasi Google Translate di telefon bimbitnya untuk menterjemah bahawa mangsanya cantik daripada bahasa Sepanyol ke bahasa Inggeris.

Mangsa turut diancam agar tidak melaporkan apa yang berlaku kepada sesiapa.

Tidak lama selepas kejadian, pihak sekolah tinggi Wake County menghubungi pihak polis selepas mangsa membuat laporan.

Ramirez ditahan polis pada hari sama dan kini ditahan di penjara Wake County dengan jaminan AS$1 juta (kira-kira RM4.06 juta).

Kesnya akan dibicarakan di mahkamah pada 30 Januari ini.