Seorang lelaki warga Uzbekistan yang merupakan suspek utama insiden rempuhan orang ramai menggunakan trak curi di bandar Stockholm pada April 2017 didakwa pada Selasa.

Rakhmat Akilov didakwa kerana melakukan keganasan dan cubaan membahayakan nyawa orang awam.

Akilov merupakan satu-satunya suspek insiden itu dan dia telah mengaku bersalah.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 April tahun lalu, lima orang terbunuh manakala 14 mangsa lain cedera.

“Diharapkan agar manusia seperti ini tidak akan bergerak bebas dalam masyarakat kita,” itu kata pendakwa raya Hans Ihrman ketika ditemui wartawan di Stockholm.

Akilov ditahan sejam selepas dia merempuh orang awam di kawasan pejalan kaki sebelum melanggar sebuah kedai di gedung beli-belah di Stockholm.

Insiden rempuhan itu meragut nyawa seorang lelaki Inggeris, seorang wanita warga Belgium dan tiga orang warga Sweden.