Singapura tidak akan membiarkan isu Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) menjadi faktor penentu atau menjejaskan hubungannya dengan Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
"Malah, perkara yang paling penting ialah - apabila kita mempunyai perbezaan, kita perlu mencari penyelesaian secara aman mengikut undang-undang antarabangsa," kata beliau semasa berucap dalam perbahasan Jawatankuasa Bekalan di Parlimen, pada Khamis.
Teks ucapan beliau dikeluarkan melalui laman sesawang kementerian.
Beliau mengingatkan anggota parlimen republik itu bahawa Malaysia tidak lama lagi akan mengadakan Pilihan Raya Umumnya.
"Sekali lagi, kita tahu dari sejarah masa lampau bahawa setiap kali retorik pilihan raya merasai bahangnya, kadang-kadang Singapura menjadi sebahagian daripada bahan politik.
"Sekarang, kita perlu memastikan bahawa kita tidak terheret ke dalam politik domestik mereka, dan begitu juga kita tidak akan membenarkan kemasukan politik negara asing ke Singapura," kata beliau
Balakrishnan berkata dengan Malaysia, kedua-dua negara terus melakar peristiwa penting dalam hubungan dua hala baru-baru ini.
Beliau berkata pada Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia Ke-8 pada Januari, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pembukaan Marina One dan pembangunan usahasama DUO, yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar disatukan berjumlah S$11 bilion (S$1=RM2.95).
"Anggota parlimen perlu ingat bahawa projek-projek ini terbit hasil daripada penyelesaian perjanjian Perkara-Perkara yang Dipersetujui mengenai tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM)," kata beliau.
Beliau menarik perhatian bahawa kedua-duan negara juga menandatangani Perjanjian Dua bagi projek Link Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.
Projek RTS Link, apabila siap pada 2024, secara dramatik akan mengubah kaedah perjalanan beribu-ribu pelawat yang berulang-alik antara Johor Bahru dan Singapura setiap hari, kata beliau.
"Kita juga mempunyai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang berjalan lancar.
"Tender bagi Syarikat Aset telah dipanggil pada Disember lepas dan ia akan ditutup pada Jun. Keputusan tender akan diumumkan dalam masa setahun, dan aan dijalankan secara adil, terbuka dan telus," kata beliau.
Projek-projek strategik jangka panjang meningkatkan kesaling bergantungan kedua-dua negara memberikan kepentingan lebih besar dalam kejayaan satu sama lain, dan memberi manfaat yang ketara dalam hubungan yang stabil dan positif," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Balakrishnan berkata dengan Malaysia, kedua-dua negara terus melakar peristiwa penting dalam hubungan dua hala baru-baru ini. - Gambar fail
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Pesara pensyarah rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara pensyarah kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan tujuh anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru bermula 28 Mac hingga semalam.
Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.
30 bangunan di bandar raya JB dicemari vandalisme
Pintu-pintu premis melibatkan lebih 30 bangunan itu menjadi mangsa vandalisme terutama di Jalan Tan Hiok Nie, Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Abdul Razak.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Padah benar kanak-kanak memandu
Suspek berusia 25 tahun juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
PAJ kumpul maklumat, atasi kesesakan trafik di Johor Bahru
PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Ancaman bom di premis MBJB disahkan palsu
Ketika ancaman tersebut diterima, bangunan ini terdapat lebih 500 termasuk kakitangan dan orang awam.