Singapura dan Malaysia bersetuju mewujudkan Aturan Perjalanan Berkala (PCA) bagi membenarkan penduduk kedua-dua negara yang memegang pas imigresen jangka panjang atas tujuan perniagaan atau bekerja untuk pulang ke negara masing-masing dari semasa ke semasa untuk cuti jangka pendek.
Komitmen itu dibuat oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi panggilan telefon semalam, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu pada Sabtu.
"Mereka boleh pulang ke rumah untuk bercuti selepas meluangkan sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut di negara mereka bekerja dan dibenarkan kembali bekerja selepas bercuti," menurut MFA.
Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju mewujudkan Laluan Hijau Ulang-Alik (RGL) untuk memudahkan perjalanan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara itu.
Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi aturan pencegahan COVID-19 dan protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama.
Kementerian itu berkata kedua-dua pemimpin itu sudah menugaskan pegawai masing-masing untuk segera merangka butiran operasi bagi RGL dan PCA.
"Para pegawai juga ditugaskan untuik meneruskan perbincangan mengenai cadangan lain untuk memudahkan lebih banyak perjalanan rentas sempadan secara berperingkat demi memastikan pemulihan secara stabil daripada COVID-19 oleh kedua-dua negara ini," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Kedua-dua pemimpin sudah menugaskan pegawai masing-masing untuk segera merangka butiran operasi bagi RGL dan PCA.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.