Butiran awal elemen warisan budaya tidak ketara Singapura telah didedahkan kepada umum, dan senarai 50 elemen itu termasuk kenduri kahwin Melayu, tarian klasik India, xinyao dan budaya penjaja jalanan.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, senarai itu adalah ‘langkah penting’ demi memastikan elemen Singapura diterima masuk ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO, ujar Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia republik itu, Grace Fu, pada Sabtu.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memerlukan negara-negara pemohon mencipta inventori elemen warisan budaya tidak ketara, dan perlu memastikan permohonan itu sesuatu yang popular dan dipersetujui ramai.
Semua 50 elemen itu dihimpunkan dalam enam kategori, dengan lima daripadanya adalah berdasarkan kategori warisan tidak ketara UNESCO.
Kategori itu adalah tradisi dan ekspresi lisan; seni persembahan; amalan sosial, ritual dan acara keraian; ilmu dan amalan tentang alam sekitar dan semesta; dan pertukangan tradisional. Kategori keenam mengenai warisan makanan dikhususkan kepada budaya makanan Singapura.
Antara warisan tidak ketara lain yang tersenarai adalah kemahiran pembuatan ceongsam, songkok, kesenian manik kaum Peranakan, dondang sayang Peranakan, wushu, silambam serta perayaan penting setiap kaum dan agama.
Meskipun sebahagian daripada elemen itu turut ditemui di negara-negara lain, inventori itu akan menekankan tentang kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.
Agensi
Sat Apr 07 2018
Kenduri kahwin Melayu dan kaum-kaum lain di Singapura turut disenarai dalam permohonan status warisan budaya tidak ketara UNESCO. - Foto: Instagram @comelmolekweddingservices
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Singapura mahu 'kenduri kahwin Melayu' disenarai sebagai warisan budaya UNESCO
Inventori itu menekankan kaedah ia diamalkan atau diekspresi di Singapura, iaitu menunjukkan bagaimana ia berevolusi dalam konteks tempatan.