Polis Myanmar hampir melengkapkan siasatan ke atas dua orang wartawan Reuters yang telah ditangkap kerana atas dakwaan berkaitan Akta Rahsia Rasmi.

Jurucakap Aung San Suu Kyi berkata mereka berdua akan dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Zaw Htay, kedua-dua wartawan tersebut, Wa Lone, 31 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 27 tahun, akan mendapat khidmat peguam dan dibenarkan untuk bertemu keluarga mereka.

"Ini tidak akan mengambil masa yang lama. Siasatan hampir selesai," kata Zaw Htay kepada Reuters dalam sebuah panggilan telefon.

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan seminggu bermula Selasa.

Pihak berkuasa enggan memberikan sebarang maklumat tentang keberadaan mereka.

Siasatan ke atas mereka menjurus kepada penglibatan mereka ketika mereka membuat liputan mengenai krisis kemanusiaan Rohingya.

Kerajaan Myanmar juga membuat siasatan sama ada mereka ada melanggar undang-undang Akta Rahsia Rasmi.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun.