AKIBATberdengkur semasa tidur, seorang pesakit wanita warga emas dibunuh oleh pesakit lain di Hospital Hull Royal Infirmary, England, United Kingdom.

Mangsa Eileen Bunting, 64, dipercayai dipukul menggunakan cawan di bahagian kepala oleh seorang pesakit yang berasa terganggu dengan bunyi dengkuran warga emas itu.

Memetik laporan berita Metro.co.uk, ahli keluarga Bunting curiga dengan cara kematian mangsa yang dipercayai seperti sudah dirancang.

Ini kerana pihak hospital mendapati, semasa kejadian, tombol pintu bilik wad mangsa telah diikat menggunakan selimut bagi menghalang orang luar untuk masuk ke wad berkenaan.

Selepas kejadian, jururawat mendapati suspek berdiri bersebelahan katil Bunting sambil memegang objek serangan iaitu cawan lapor anak mangsa, Mark.

Suami mangsa, Philip Bunting pula berkongsi cerita sikap suspek yang berkelakuan aneh dan gelisah pada malam sebelum serangan selepas mendengar dengkuran isterinya.

Susulan kejadian itu, pihak hospital telah mengurung suspek di dalam bilik khas yang mempunyai pengawasan 24 jam bagi memantau perkembangan suspek serta menghubungi polis sebagai langkah efektik.