Mandalay Bay akan mengubah nombor aras hotel 31, 32, 33 dan 34 menjadi aras 56, 57, 58 dan 59 di bahagian menara tetamu.

Menurut jurucakap MGM Resorts International, Brian Ahern, pemilik resort dan kasino terkemuka di Las Vegas itu membuat keputusan berikutan kes tembakan yang berlaku di aras tersebut tahun lalu.

Pada 1 Okt tahun lepas, salah satu suite pada aras 32 Mandalay Bay dijadikan 'sarang' Stephen Paddock, 64 tahun, untuk menembak para pengunjung festival muzik Route 91 Harvest.

Kes tembakan rambang itu, yang menyebabkan 58 orang maut, merupakan antara insiden tembakan yang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Kejadian tembak-menembak antara Paddock dengan polis juga menyebabkan 500 orang lagi tercedera.

Suspek itu berjaya dibunuh selepas polis mengesannya.

Minggu lalu, seorang peniaga senjata di Mesa, Arizona, mengaku telah menjual beratus peluru kepada Paddock pada September lepas.

Douglas Haig, 55 tahun, didakwa atas konspirasi membuat dan menjual senjata tanpa lesen.

Menurutnya, dia tidak tahu langsung motif Paddock ketika pembelian peluru oleh suspek.