Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bebas daripada jangkitan COVID-19 apabila keputusan ujian saringan keempat yang dilakukan ke atasnya adalah negatif.

Kenyataan itu dibuat dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menjalani proses kuarantin di rumah, selepas disahkan positif dalam tiga ujian saringan sebelum ini.

Sumber Facebook jairmessias.bolsonaro

Dalam status sama, Bolsonaro turut bergambar bersama ubat anti-malaria jenis Hydroxychloroquine yang kebiasaannya digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Sebaik sahaja disahkan negatif, Bolsonaro tidak menunggu lama untuk menjalani rutin hariannya.

Beliau dilihat keluar menunggang motosikal dan berjumpa dengan orang awam.

Sumber Facebook jairmessias.bolsonaro

Bolsanaro sebelum ini dikritik hebat kerana enggan memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di tempat awam.

BACA: COVID-19: Kes positif hampir 16 juta, korban lebih 641,000

Brazil pula merekodkan lebih 85,000 kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.3 juta kes.

Sebanyak 463.218 kes direkodkan di Sao Paulo dengan angka kematian sebanyak 21,206.