Minat dan keinginan seks yang pelik membawa kepada kematian seorang wanita.

Chloe Miazek maut akibat dicekik ketika sedang menjalin hubungan seks dengan seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah perhentian bas.

Mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di rumah flat milik Mark Bruce, 32, di Aberdeen, Scotland pada awal November tahun lalu.

Lebih malang Miazek maut selang beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Ketika sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Aberdeen, Miazek dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika bertemu dengan Bruce.

Kedua mereka kemudiannya bersetuju untuk mengadakan hubungan seks bersama akibat mempunyai keinginan seks yang sama.

Mahkamah memberitahu, pasangan itu juga mempunyai minat yang sama untuk melakukan 'erotic asphyxiation' iaitu menyekat pernafasan untuk mendapat kepuasan seks.

Bagaimanapun Miazek mati sejurus selepas dicekik pasangannya itu.

Tidak lama selepas itu, Bruce dikatakan mundar-mandir di jalanan berdekatan kediamannya sebelum menyerah diri di balai polis Rosemount dan menceritakan perihal kematian Miazek kepada pegawai di balai polis berkenaan.

Timbalan pendakwaraya, Jo McDonald mengatakan keterangan Bruce adalah sama seperti yang dilaporkan oleh pegawai penyiasat.

Bruce dilaporkan mengaku bersalah melakukan pembunuhan tanpa niat dan masih ditahan sehingga dijatuhkan hukuman pada 5 April depan.