Salji tebal dan ribut yang melanda sebahagian kawasan di Britain sejak Isnin telah menjejaskan sistem pengangkutan kereta api di negara itu.

Jabatan kaji cuaca turut meramalkan suhu yang lebih sejuk dalam tempoh masa terdekat.

Beberapa jadual perjalanan kereta api terpaksa dibatalkan susulan salji tebal berkenaan.

Cuaca sejuk melampau dijangka menyebabkan peningkatan jumlah pesakit dirawat di hospital.

Keadaan sama dijangka akan melanda England, Scotland dan Ireland.