Isteri kepada Putera William, Kate Middleton telah selamat melahirkan anak kedua mereka sebentar tadi.

Memetik laporan Telegraph, Duchess of Cambridge melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kilogram (8lbs 3oz), dua jam setengah selepas mendaftar masuk ke hospital Lindo Wing.

Hasil perkongsian hidup William dan Kate telah dikurniakan seorang putera, George Alexander Louis yang dilahirkan pada 22 Julai 2013.

Dalam masa yang sama, hashtag #RoyalBaby menjadi topik trending seluruh dunia di laman Twitter.

Ternyata penangan pasangan diraja Britain itu juga dirasai di negara ini apabila rakyat Malaysia turut melahirkan kegembiraan dan berkongsi berita tersebut di Twitter.

Sebelum ini, pelbagai tweet membanjiri laman Twitter sementara menunggu berita Kate melahirkan bayinya.




Kelahiran pewaris keempat takhta diraja Britain disambut gembira oleh para netizen Malaysia. Ketika berita ditulis, sebanyak 174 ribu tweet memperkatakan mengenai kelahiran #RoyalBaby ini.