Mahkamah Daerah The Hauge di Kompleks Kehakiman Schiphol (JCS) di Badhoevedrop akan menjadi tumpuan apabila perbicaraan jenayah terhadap empat lelaki yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17, bermula Isnin.
MH17 dilaporkan telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu anti-pesawat BUK ketika terbang di ruang udara wilayah konflik Ukraine, yang membunuh kesemua 298 di dalamnya, 43 merupakan rakyat Malaysia, 193 Belanda dan 27 warga Australia.
Wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan permulaan perbicaraan itu telah diberikan taklimat oleh Pegawai Kehakiman Media The Hauge Yolande Wijnnobel mengenai apa yang dijangka berlaku pada perbicaraan kes yang ditunggu-tunggu itu.
Perbicaraan dijadualkan bermula pada 10 pagi waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia).
Berikut ringkasan mengenai apa yang bakal berlaku pada permulaan perbicaraan:
Mereka yang dituduh adalah rakyat Rusia, Russians Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, selain seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko.
Sama ada keempat-empat tertuduh akan hadir di mahkamah atau hanya peguam mereka yang hadir atau mereka akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka, hanya akan diketahui pada hari tersebut. Menurut Wijnnobel dua peguam akan mewakili salah seorang tertuduh di mahkamah.
Bagaimanapun, Wijnnobel berkata beliau tidak boleh mendedahkan nama peguam dan juga tertuduh tersebut. “Ini adalah kes jenayah Belanda di mahkamah Belanda dan hanya peguam Belanda sahaja boleh mewakili tertuduh di sini,” katanya.
Perbicaraan akan berlangsung di Mahkmah Daerah The Hauge, JCS, sebuah fasiliti dengan kawalan keselamatan yang ketat di Badhoevedrop bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol.
Perbicaraan itu akan disiarkan secara ‘live stream’ di laman sesawang www.courtMH17.com dalam bahasa Inggeris dan Belanda pada kesemua tarikh perbicaraan.
Mahkamah telah menetapkan 25 minggu untuk perbicaraan. Tarikh tersebut ialah 9 hingga 13 Mac, 8 Jun hingga 3 Julai dan 31 Ogos hingga 13 Nov. Manakala pada 2021, perbicaraan ditetapkan pada 1 Feb hingga 26 Mac.
Sebuah pusat media telah dibina di luar bangunan tersebut bagi kemudahan lebih 400 wartawan dari seluruh dunia.
Tiga hakim akan mengendalikan perbicaraan dengan dua lagi hakim akan bertindak sebagai gantian.
Wijnnobel memberitahu media, peringkat awal perbicaraan berkemungkinan berkaitan dengan prosedur.
“Hakim akan bermula dengan memperkenalkan barisan hakim, kemudiannya melihat siapa yang turut hadir ke mahkamah sama ada peguam bela akan mewakili suspek, sama ada suspek sendiri hadir ke mahkamah, sama ada ahli keluarga mangsa hadir dan bertanyakan apakah tujuan mereka - sama ada mereka ingin mengambil kesempatan untuk memberikan kenyataan kepada mahkamah.
“Hakim juga akan melihat sejauh mana fail kes telah lengkap, beliau akan bertanya sama ada aktiviti siasatan lanjut masih sedang berjalan, dan juga bertanyakan kepada peguam bela sama ada mereka telah membaca fail kes.
“Disebabkan ia satu set dokumen yang banyak, beliau akan bertanya kepada pihak pembelaan jika mereka mempunyai sebarang hasrat atau permintaan. Jadi ia akan berkaitan dengan prosedur pada mulanya.”
“Jika tiada peguam bela yang hadir untuk tiga lagi yang didakwa itu, mahkamah akan kemudiannya memfokuskan kepada sama ada suspek telah dimaklumkan mengenai prosiding itu jika munasabah untuk mempercayai bahawa suspek tahu yang perbicaraan akan bermula pada Isnin.
“Jika mahkamah putuskan demikian, benar suspek tahu yang ia adalah permulaan perbicaraan, kemudian mahkamah akan meneruskannya…. bermula tanpa kehadiran mereka dan dalam kes ini, ia akan menjadi perbicaraan tanpa kehadiran.
Mengenai pemanggilan saksi sewaktu perbicaraan, Wijnnobel menjelaskan hakim akan berbuat demikian apabila mereka benar-benar telah melihat fail kes dan mendengar merit kes itu.
Wijnnobel juga berkata ahli keluarga akan dibenarkan memberi kenyataan dan membuat tuntutan ganti rugi sewaktu perbicaraan dan menambah mereka boleh membuat kenyataan kepada mahkamah secara lisan ataupun menghantar penilaian impak secara bertulis.
“Ahli keluarga dibenarkan menghadiri perbicaraan tetapi jika mereka tidak hadir, mereka masih (boleh) terlibat. Mereka boleh membuat tuntutan ganti rugi dan memaklumkan kemudaratan yang telah mereka lalui, dan jumlah ganti rugi yang diminta.
“Mahkamah akan mengambil masa untuk melihat kenyataan mereka,” katanya dan menambah di bawah sistem undang-undang Belanda, ahli keluarga selalunya dibenarkan untuk membuat kenyataan kepada mahkamah hanya selepas mahkamah telah mendengar merit kes tersebut.
“Bagaimanapun, ini bukanlah satu mandatori, seorang hakim itu pada budi bicaranya, memutuskan satu perkara sebelum satu yang lain atau membenarkan sesuatu dilakukan pada peringkat awal perbicaraan,” katanya.
Sementara itu pakar keadilan antarabangsa Stephanie Van Den Berg berkata Mahkamah Daerah The Hauge itu merupakan antara 11 mahkamah daerah, yang sama seperti mahkamah rendah di Malaysia dengan peluang untuk merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Beliau berkata, Belanda mempunyai sistem perundangan ‘inquisitorial’, di mana hakim dengan secara aktifnya terlibat dalam penyiasatan fakta kes.
Katanya, ini berbeza dengan sistem Malaysia, di mana fungsi mahkamah menjadi pengadil antara pihak pendakwaan dan pembelaan yang memberikan kenyataan yang berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 08 2020
Perbicaraan diadakan di Mahkamah Daerah The Hauge, JCS, sebuah fasiliti dengan kawalan keselamatan yang ketat di Badhoevedrop bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol. (Foto AP)
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.