Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan seorang pemuda mati ditembak dalam dua kejadian di wilayah bergolak Pattani dan Narathiwat, selatan Thailand malam tadi.
Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Manas Sikkamas berkata, remaja yang dikenali sebagai Nasri Wokyu, maut akibat ditembak di bahagian kepala oleh penyerang tidak dikenali.
"Dia ditembak ketika bermain gitar bersama rakannya di sebuah rumah di Kampung Banggol, Mukim Resak di Narathiwat," kata Sikkamas kepada pemberita hari ini.
Rakan mangsa, Abdul Haidi Wanik, 30, pula cedera dalam kejadian itu, katanya. Beliau menambah, pihak polis masih menjalankan siasatan motif kejadian dan pihak yang bertanggungjawab.
Dalam kejadian di Kampung Baloi, Pattani pula, lelaki dikenali sebagai Nik Mae Sameng ditembak mati ketika menunggang motosikal kira-kira 8.30 malam tadi (waktu tempatan), kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi ketikamengesahkan kejadian. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 05 2018
Nasri Wokyu ditembak ketika bermain gitar bersama rakannya di sebuah rumah di Kampung Banggol, Mukim Resak di Narathiwat. - Gambar hiasan
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Presiden parti INLD, Nafe Singh Rathee sedang menaiki kenderaan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.
Lelaki warga Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis
Seorang lelaki warga Thailand maut akibat ditembak oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis.
9 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina
Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.
Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya
Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Renjer Perhilitan mati ditembak: Mahkamah arah bayar ganti rugi RM281,807
Mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman.
Lelaki maut ditembak serang polis, jadikan ibu tebusan disah bawah pengaruh dadah
Lelaki yang maut terkena tembakan ketika cuba menyerang anggota polis dengan parang di sebuah rumah di Hutan Melintang pada Selasa, disahkan berada di bawah pengaruh dadah.
Bekas ahli parlimen, abang ditembak mati ketika siaran langsung di TV
Atiq Ahmed, yang diiring polis, sedang bercakap dengan beberapa wartawan apabila ditembak di kepalanya dari jarak dekat.
Penyanyi rap Takeoff daripada kumpulan Migos mati ditembak di arena boling
Penyanyi rap Takeoff dilaporkan mati ditembak di sebuah pusat boling, 810 Billiards and Bowling Alley di Houston, Amerika Syarikat.
Suspek mengaku tembak Shinzo Abe, percaya khabar angin
Polis Jepun mengesahkan suspek yang menembak mati bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat telah mengaku melakukan serangan itu.