Dengan penuh semangat dan keterujaan ribuan orang berpusu-pusu ke stesen mengundi di Thailand sejak sebelum subuh untuk tidak melepaskan peluang melaksanakan hak mereka dalam pilihan raya pertama negera itu sejak rampasan kuasa tentera hampir lima tahun lepas.
Rakyat Thailand berbondong-bondong ke lebih 93,200 stesen mengundi di 77 provinsi di negara gajah putih itu sebelum ia dibuka pada 8 pagi (waktu tempatan) dengan harapan "suara mereka didengari dalam bentuk undi."
Lebih 51 juta pengundi dijangka mengundi bagi memilih 500 wakil ke Dewan Perwakilan, di mana 350 deripada mereka dipilih secara langsung menerusi pilihan raya kawasan, manakala 150 akan dilantik menerusi senarai perwakilan parti.
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha menyertai beribu-ribu rakyat Thailand mengundi di Soi Pradipat 5, Daerah Thai Phaya di sini pada 8.30 pagi (waktu tempatan).
Prayuth, yang dikenali dengan nama samarannya "Uncle Tu" adalah calon perdana menteri untuk Parti Palang Pracharat berkata, "Saya sangat teruja untuk rakyat (untuk membuang undi).
"Saya berharap semua orang akan keluar mengundi. Saya gembira rakyat kini lebih bersemangat untuk mengundi," katanya kepada media setelah membuang undi.
Sementara Raja Maha Vajiralongkorn dalam titah diraja pada Jumaat malam menyeru rakyat supaya menyokong "orang yang baik untuk memimpin dan halang mereka yang jahat daripada mendapat kuasa dan menimbulklan kekacauan."
Baginda berharap semua warga serta pegawai kerajaan termasuk penjawat awam, anggota tentera dan polis memastikan keselamatan negara dan kemakmuran rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) menjangkakan kehadiran pengundi yang tinggi dalam pilihan raya yang dinanti-nantikan di negara itu.
Terdapat 11,181 calon kawasan pilihan raya dan 2,917 calon senarai parti daripada 82 parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Semua stesen mengundi akan ditutup pada 5 petang sebelum bermulanya proses pengiraan undi
Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal 7 malam (waktu tempatan).
Parti yang baharu ditubuhkan dan pro-junta, Parti Palang Pracharat bertanding di 350 kerusi kawasan dan 120 kerusi senarai parti manakala Parti Demokrat (350 kerusi dan 150 senarai parti) Pheu Thai (250 kerusi dan 97 senarai parti), Parti Future Forward (350 kerusi dan 124 senarai parti).
Ahad lepas , 86.98 peratus daripada 2.6 juta pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2019
Pengundi dari etnik Kayan antara yang beratur di stesen mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya Thailand, di Mae Hong Son, 24 Mac, 2019. REUTERS
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.