Dua tahun lepas, seluruh dunia menghitung detik menanti kelahirannya.

Hari ini, Putera George bukan sahaja semakin comel, tetapi juga bijak dan pandai menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sempena ulang tahun kelahirannya, pihak istana Britain mengeluarkan sekeping foto istimewa putera sulung pewaris takhta Britain, Putera William dan Kate Middleton itu.

Dalam foto tersebut, George dilihat tersenyum girang sambil didukung ayahandanya ketika Majlis Pembaptisan adindanya, Puteri Charlotte, awal bulan ini.

Satu majlis sambutan hari jadi tertutup dirancang di rumah percutian William dan Kate di Norfolk.

Putera George, atau nama penuhnya, George Alexander Louis, dilahirkan pada 22 Julai 2013 di Hospital St.Mary, London. George bakal mewarisi takhta Britain selepas nendanya, Putera Charles dan ayahandanya, William.