Perdana Menteri Lubnan Saad al-Hariri pada Rabu menangguhkan keputusan untuk meletak jawatan yang diumumkannya lebih dua minggu lalu.

Hariri dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-47 negara itu berkata penangguhan itu adalah atas permintaan Presiden.

"Presiden Michel Aoun menyeru saya mengambil masa untuk mempertimbangkan keputusan tersebut bagi memberi ruang untuk perbincangan.

"Saya bersetuju dengan permintaan beliau, dengan harapan ia akan mencetuskan dialog yang lebih bertanggungjawab," kata

Hariri mengumumkan meletak jawatan secara mengejut pada 4 November lalu dari Arab Saudi menerusi satu kenyataan di televisyen.

Tindakan tersebut dilihat sebagai tekanan daripada Arab Saudi dan turut mencetuskan khabar angin beliau dijadikan tebusan di negara itu.